Tuesday, 20 May 2014

Respon anak ketua pramugara isu filem MH370 'The Vanishing Art'



Selepas 75 hari berlalu sejak kehilangan pesawat MH730 pada 8 Mac lalu, sebuah filem berkisarkan tragedi MH370 telah mula dihasilkan.

Dengan mengambil judul The Vanishing Act di bawah arahan Rupesh Raul, filem itu dilaporkan akan mula ditayangkan menjelang September depan dan kini ia sedang giat dipromosikan di Festival Filem Cannes yang bakal berakhir pada 25 Mei ini.

Pembikinan filem tersebut mendapat perhatian Maira Elizabeth Nari, anak perempuan ketua pramugara MAS, Andrew Nari. Beliau nyata tersinggung dan kecewa dengan perkara berkenaan. Oleh itu, Maira telah membuat luahan marah berbentuk kecaman yang dikongsikan di akaun twitter peribadinya. Mari baca apa yang dikatakan anak gadis ini di bawah.