Monday, 12 May 2014

PERHATIAN!! RM50 kalau jadi boyfriend saya untuk separuh hari


BILA  mak ayah suruh kahwin, mengelak, bila hidup seorang lama, malu pula dengan kawan-kawan kita masih belum mempunyai teman istimewa.
Mungkin itu yang berlegar di minda gadis ini apabila sanggup membuka tawaran untuk mana-mana lelaki yang sanggup disewa selama setengah hari bagaimanapun sewaan tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.
Di laman sosial Facebook, wanita itu yang mungkin malu kerana tidak berteman mahu menyewa seorang lelaki untuk sama-sama ke satu majlis kenduri kahwin pada 1 Jun depan.
Bagaimanapun, lelaki itu perlu berlakon sebagai teman lelakinya hanya dengan bayaran RM50 selama setengah hari.
Sudahlah hendak mencari teman dengan cara begitu, syarat yang ditetapkan wanita itu juga boleh tahan antaranya mahukan lelaki berketinggian 176cm ke atas, badan berisi tetapi tidak terlalu gemuk dan kurus.
Paling tidak dapat ditahan ialah apabila dia mencari seorang lelaki yang ada gaya untuk menjadi teman sementaranya itu.
Tidak diketahui bila iklan ‘terdesak’ ini dimuatkan ke dalam laman Facebookm Parit Buntar Is My Hometown tetapi jelas tindakan wanita ini dikecam warga Facebook.
Sudahlah wajah sendiri tidak secantik mana, tergamak menyewa seorang lelaki hanya dengan bayaran RM50 tetapi dengan ciri-ciri lelaki yang hampir sempurna.
Hasil carian ke atas laman itu tidak menemui status yang dimaksudkan kemungkinan ia sudah dipadamkan oleh tuan punya badan kerana mungkin sudah menemui lelaki ‘sewaan’nya itu. – MYNEWSHUB.MY