Saturday, 24 May 2014

KEJAM! Pukul isteri sehingga mati kerana isteri salah masak


Seorang warga Pakistan dibicarakan pada Rabu lalu selepas dia memukul isterinya sehingga mati dengan menggunakan kayu selepas dia menyediakan menu makan malam yang tidak dimintanya.
Bagaimanapun, warga Pakistan itu, Noor Hussein yang berusia 75 tahun menyifatkan dia mempunyai hak untuk melakukan perbuatan itu bagi mendisiplinkan isterinya.
Dia membunuh isterinya di apartmen mereka yang terletak di Brooklyn pada tahun 2011

Defendan meminta isterinya untuk memasak daging kambing sebaliknya isterinya berkata, dia telah menyediakan hidangan sayur-sayuran.
Tidak puas hati dengan hidangan tersebut, mereka bertengkar menyebabkan isterinya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suaminya itu.
Ekoran itu, Hussein berang dan mengambil sebatang kayu dan memukul tangan dan mulut isterinya sehingga mangsa mati.
Peguam bela Hussein, Julie Clark berkata, suspek mengakui bersalah memukul isterinya.
Namun, Hussein memberitahu di negara asalnya, memukul isteri merupakan amalan biasa.
Penolong Peguam Negeri, Sabeeha Nadni berkata, jiran-jiran akan memberikan keterangan bahawa isteri Hussein yang berusia 66 tahun itu pernah didera oleh suaminya.