Apabila rasa marah menguasai fikiran, apa sahaja boleh berlaku termasuk perlakuan tidak sepatutnya.
Dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku di Casa Condominium 22 Mei lalu, seorang lelaki dan wanita dirakam kamera CCTV berkasar dengan seorang wanita gara-gara tidak berpuas hati.
Mangsa terpaksa dilindungi apabila mereka terutama si wanita kelihatan tidak dapat mengawal perasaan hingga cuba sedaya upaya untuk memukul bagi memuaskan hati.
Walau apa pun alasan diberikan, setiap masalah tidak sepatutnya diselesaikan dengan cara ini.
Justeru mangsa boleh membuat laporan polis jika dia mahu.