Tuesday, 13 May 2014

GEMPAR!! Remaja perempuan bunuh diri selepas diarah tutup akaun FB


New Delhi – Seorang remaja perempuan dipercayai menggantung diri sehingga mati selepas diarah ibunya menutup akaun Facebook (FB).
Aditi Gupta, 13, dilapor dimarahi ibunya Mohana Gupta, 36, kerana terlalu banyak menghabiskan masa melayan laman sesawang media sosial popular itu.
Media semalam melaporkan, ibu Mohana memaksa Aditi menutup akuan berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari luar.
“Pastikan akaun itu ditutup sebelum ibu tiba di rumah,” kata Mohana dalam panggilan telefon kepada anaknya sejurus sebelum kejadian.
Beberapa jam kemudian – selepas Mohana pulang – dia mendapati anaknya sudah tergantung tidak bernyawa.
Dia terus menelefon polis. Ketika disoal Mohana berkata dia tidak menyangka anaknya sanggup membunuh diri akibat perkara yang begitu remeh. – Agensi