Thursday, 15 May 2014

GEMPAR!! Jurutera Singapura didapati bersalah curi 228 coli?


SEORANG pakar Agensi Pertahanan Sains dan Teknologi Singapura diarahkan untuk menjalani rawatan mandatori oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencuri lebih 228 helai coli.

Memetik laporan The Real Singapore, Jonathan Peh Song Wee, 26, yang juga seorang jurutera mempunyai obsesi terhadap pakaian dalam yang dicurinya termasuklah dari kawasan kejiranan dan asrama universiti.
Dia mengaku bersalah dalam lima pertuduhan termasuklah menceroboh, mencuri dan menipu.
Kebanyakan coli adalah daripada jenis yang mahal dan berjenama.
Kegiatan Jonathan dikesan oleh pengurusnya yang menyaksikan perbuatannya mencuri dan segera menahannya.
Siasatan pihak berkuasa di kediamannya kemudian mendapati dia menyimpan beratus-ratus lagi coli lain.