Friday, 9 May 2014

GEMPAR!! Frust Dengan Awek, Remaja Ugut Bunuh Diri Di WeChat


Aduh, kadang-kadang kebodohan remaja disebabkan cinta memang boleh buat kita geleng kepala.
Contohnya status aplikasi bual WeChat yang ditulis seorang remaja lelaki yang mahu membunuh diri gara-gara frust apabila makwe ugut mahu putuskan hubungan kerana kesilapan dirinya.
Selain mengugut mahu membunuh diri remaja tersebut turut menulis di ‘moment’ WeChat:
“Dengan orang lain maybe aku main-main tapi dengan dia aku serius.. and now aku ada buat silap then dia nak tinggalkan aku. Serius aku tak sanggup, aku sayang dia sangat-sangat, dia lain dari yang lain. Sayang, permintaan terakhir abang, kalau abang mati nanti abang nak ayang datang melawat jenazah abang. Tu dah cukup buat abang happy. Thanks. Hati abang just for u ayang.”
Jika itu tak cukup memualkan, status itu diakhiri dengan hashtag #Dear Allah, please died me tonight.
Ketika artikel ini disiarkan tidak dapat dipastikan sama ada remaja lelaki ini sudah mengakhiri hayatnya atau tidak tapi kami percaya, ini sebenarnya cuma satu lagi kisah remaja pendek akal yang mahu meraih perhatian kekasih.