Tuesday, 14 January 2014

Video Wanita Bertubuh Lansing Ini Membaham 2kg Daging Steak Dalam Masa 2 minit.

 Makan banyak dalam masa singkat mungkin bukan perkara sukar , tapi bagaimana jika itu daging steak ? Seorang wanita bernama Molly Schuyler berjaya menghabiskan cabaran makan steak seberat 72 auns atau 2 kg . Ia hanya lebih kurang  dari 3 minit  ia melakukannya .

Sebuah restoran bernama Sayler 's Old Country Kitchen yang berada di Portland , Oregon , membuat cabaran makan percuma bagi siapa yang berjaya membaham 2 kg steak dalam masa kurang dari 1 jam . Tentu hal ini menarik perhatian masyarakat di mana steak bersaiz 2 kg biasanya dijual dengan harga yang cukup mahal yakni US $ 65 ( sekitar Rm 212.42) .

Orang berpusu-pusu untuk  mencuba cabaran ini . Tercatat ada 1,500 orang yang mendaftar , namun hanya ada 10 orang yang boleh menyelesaikan cabaran ini dengan rekod 12 minit .

Kemudian , Molly datang untuk cuba cabaran ini dan berjaya membaham steak seberat 2 Kg hanya dalam masa 2 minit 44 saat . Pencapaian luar biasa ini juga memecahkan rekod dunia sebelumnya yang diraih Peter Czerwinski , iaitu 6 minit 48 saat .

Molly memang sebelumnya dikenali mempunyai kemampuan yang luar biasa untuk urusan melahap makanan . Meski memiliki tubuh yang langsing tapi ia berjaya memecahkan beberapa rekod makan terpantas .





Jom saksikan Video berikut: