New Zealand, seorang budak yang baru berusia sembilan tahun dirakam kamera tengah pening kepala. Dia mengaku, baru saja menenggak 18 tin wiski yang diperolehi dari ibu saudaranya.
Dalam video, budak itu kelihatan tengah memegang tin wiski di sebuah skatepark di Fairfiled, pinggir bandar Hamilton. Keadaan pening kepala teruk, berdiri pun sukar. Perakam adalah orang yang mengambil berat terhadap apa yang dilihatnya, dia lantas merebut tin dari tangan budak tersebut.
Seorang budak perempuan yang bermain otopet mengatakan budak itu "dibenarkan" minum arak. Bahkan, minuman itu diberikan oleh ibu saudaranya sendiri. Si perakam berkata, budak itu kelihatan seperti berusia lapan tahun.
"Saya sembilan tahun bro," kata budak keturunan suku Maori tersebut, terjatuh tidak kuat berdiri.
Sambil berlalu menggunakan otopet, budak ini mengatakan dia meminum 18 tin wiski. Satu tin tersebut mengandungi alkohol tujuh peratus.
Selain alkohol, budak ini juga mengaku melakukan perbuatan tidak terpuji lain. "Saya juga menghisap ganja," kata dia.
Dia lalu bergabung bersama rakan-rakannya yang lain yang lebih tua. Di antaranya ada seorang pemuda yang mengaku sebagai kakaknya. Ajaibnya, kakaknya ini acuh tak acuh saja melihat adiknya mabuk. Dia bahkan mengaku pertama kali minum arak di umur sesusia adiknya.
Ketika suasana semakin panas kerana perakam berkeras budak sekecil itu tidak boleh minum arak, perakam memilih angkat kaki.
Video ini tersebar di internet dan diserahkan kepada polis. Menurut Daily Mail, Rabu 8 Januari 2013, ketika polis datang ke lokasi itu, budak tersebut tidak ada. Tapi mereka berjaya menemui ibunya yang mengaku terkejut anaknya mabuk.
Ayah budak tersebut juga mengaku terkejut. Dia telah bercerai dengan isterinya dan jarang berkenalan dengan anaknya.
"Saya sudah lama tidak melihat anak saya, tiba-tiba seseorang memanggil dan mengatakan bahawa anak saya itu ada di Youtube sedang mabuk. Hati saya hancur," katanya.