Aku dah pakai Macbook Air selama setahun setengah dan bagi aku sangat memuaskan hati dan tidak merugikan langsung.
Sebab aku suka barangan Apple :
1. Tak perlu Antivirus dan sangat security.
2. Cepat, pantas dan versatile, efisien.
3. Dan paling aku suka sekali, if macbook korang rosak, pecah skrin or ada apa-apa masalah teknikal, korang boleh pergi servis kat mana-mana kedai Apple yang sah. Dan korang akan bayar dengan harga yang berpatutan. Dan sekiranya out of warranty, mereka boleh tukarkan dengan yang baru dengan sedikit wang tambahan. Berbeza dengan laptop biasa yang selalu rosak dan tak tahu apa benda masalah dia. Ini top reason yang aku suggestkan.
Sebab pilih Macbook Pro
1. Macbook Pro sesuai untuk kerja-kerja mengedit video dan photoshop dan sebarang software yang berat.
2. Kalau korang jenis online kat rumah dan tak bawak laptop ke mana-mana, korang boleh beli Pro.
3. Korang jenis yang study pakai laptop dan berjam lamanya.
Sebab pilih Macbook Air
1. Korang suka travel dan jalan-jalan dan suka bawa Macbook ke mana-mana.
2. Korang suka yang simple, ringan dan cute.
3. Macbook korang just untuk buka internet dan jarang-jarang untuk buat kerja yang berat.
*Sebagai pemilik Macbook Air, aku paling suka sebab dia sangat ringan (11inch) dan boleh bawa ke mana-mana sahaja.
kat bawah ni video yang aku record. Contoh bila buka semua apps. Bapak laju giler beberapa saat je. Proof!!!
Finally dua sebab je yang membezakan decision korang.
1. Tujuan utama
Sebagai student yang suka study or buat kerja yang berat-berat.
2. Berat Macbook
Korang suka yang ringan atau yang berat.
Selama membuat pilihan yang bijak. Layari apple.com untuk maklumat lebih lanjut :)