Kemalangan tidak berbau tapi kita boleh mengelak dari berlakunya kemalangan di jalanraya. Sudah sedia maklum bila kita memandu kereta di atas lebuhraya kita pasti menekan minyak untuk menambahkan lagi kelajuan kereta kita, tapi adakah anda terfikir semasa memandu laju boleh membahayakan diri anda dan orang lain. Kini aplikasi Android di play store boleh membantu anda untuk mengingatkan kepada anda akan bahaya membawa kenderaan dengan laju. Ikuti langkah-langkah berikut
- Klik pada ikon Play Store di smartphone anda dan cari aplikasi "Safe Driver" . Klik dan anda akan di bawa pada paparan aplikasi "Safe Driving ".
- Tekan butang "Install" dan tunggu hingga proses selesai. Selepas itu klik pada butang "Open" bila anda telah bersedia untuk menggunakannya
- Klik "Accept" sebagai tanda anda telah bersetuju tentang perjanjian penggunaannya
- Selepas itu paparan penetapan atau "Setting" akan muncul. Klik pada "Setting" dan pilih "Maximum Speed Limit" . Masukkan tahap kelajuan kereta anda yang di kehendaki dan tekan butang "Start Monitoring"
- Mulakan pemanduan anda. Aplikasi ini akan mengingatkan kita apabila kelajuan kereta telah mencapai tahap maksimum sepertimana data yang dimasukkan, satu suara atau getaran pada telefon bimbit anda akan diaktifkan. Secara psikologi anda akan lebih berhati-hati dengan kelajuan yang anda bawa.
Sekurang-kurangnya aplikasi ini dapat membantu anda semasa pemanduan. Berhati-hati di jalanraya.