Jalan ini dibuat di tepian gunung dengan kedudukan tergantung. Jalur jalan setapak di China yang dimaksudkan itu bernama jalur gunung Huashan yang berada di ketinggian 2.160 meter di atas permukaan laut .
Gunung Huashan bagi masyarakat China dianggap sebagai tempat suci sejak abad ke - 2 SM . Banyak sami-sami yang ditemui di tempat suci tersebut . Untuk melewati jalan setapak ini , anda harus memakai peralatan mendaki gunung lalu dengan meniti jalur kayu sambil menampal badan ke badan gunung agar tidak terjatuh .
Salah satu laluan paling berbahaya dinamakan Changong Zhandao yang merupakan laluan menegak yang anak tangganya diperbuat daripada besi . Laluan ini hanya muat untuk satu orang saja . Khabarnya , kerana sangat melampau , beratus-ratus orang telah meninggal ketika melewati laluan ini setiap tahun.