Rata-rata penduduk malaysia apabila ditanya apakah cili yang paling pedas, pastinya jawapan yang kita terima menjawab cili padi , cili api, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Cili ini sangat hangat sehinggakan pengendalian mudah memerlukan sarung tangan, topeng muka dan pakaian perlindungan adalah satu kemestian semasa memasak!!
Trinidad Scorpion Butch T berasal dari Republik Trinidad and Tobago. Ia mendapat nama selepas Butch Taylor, pemilik sebuah syarikat sos panas bertanggungjawab menyebarkan benih cili itu. Nama “Scorpion” pada cili, disebut kerana hujung badan cili yang tajam itu dikatakan menyerupai penyengat kala jengking
.