Pelakon yang pernah dikaitkan dengan Johan As’ari iaitu Izreen Azminda menasihatkan aktor tersebut berhenti daripada terus mempermainkan perasaan wanita.
Izreen juga menasihatkan Johan supaya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita.
“Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta.
“Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya,” katanya memetik laporan mStar.
Hah, ‘bekas kekasih’ pun dah bagi nasihat takkan tak nak dengar pulak kan Johan.
Mungkin Izreen bercakap daripada pengalamannya sepanjang rapat dengan aktor itu dulu.
Sebelum ini, Izreen endedahkan pada media mereka bercinta, malah Johan pernah mengajaknya bertunang, namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh aktor itu ketika ditanya pihak media.
Sumber mynewshub.my