Friday 20 June 2014

Azwan Ali gelar Adibah Noor artis sebesar Dinosaur!


Kalau ada anugerah artis yang suka bergaduh dan bermulut ‘puaka’, rasanya Azwan Ali boleh memenanginya dengan mudah!
Ini kerana tak habis-habis kontroversinya yang dikatakan suka bergaduh dan mencari pasal dengan rakan selebriti lain.
Terbaharu, menerusi laman Twitternya, Azwan melancarkan ‘perang’ terhadap seorang artis yang digelarnya sebagai ‘artis dinosaur’

Hai, siapa pula yang dimaksukan Azwan ini?
Tak lama selepas itu pula menerusi hasil pemerhatian di Twitter Adibah Noor juga terdapat beberapa tweet seakan menyindir seorang rakan artis yang identitinya seperti kena dengan personaliti Azwan.

Tak tahu pucuk pangkalnya atas dasar apa mereka berperang mulut.
Tapi lebih elok rasanya kalau mereka tidak memanjangkan perkara ini, kalau tak puas hati jumpa je bersemuka depan-depan.
Takdelah imej selebriti mereka tercalar disebabkan perkara-perkara macam ini. Tak gitu? –MYNEWSHUB.MY