Friday 23 May 2014

PANAS! Pensyarah Kolej Komunit maki Negeri Sarawak


KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan sedang membuat siasatan terperinci berhubung perbuatan seorang pensyarah Kolej Komuniti Bentong, Sarawak menghina negeri itu melalui media sosial baru-baru ini.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan media memberitahu, perbuatan pensyarah tersebut menimbulkan perasaan marah dan tidak puas hati dalam kalangan rakyat Sarawak.
“Tindakan pensyarah berkenaan boleh mengugat perpaduan negara.
“Sehubungan itu, satu siasatan terperinci dibuat mengenai kes ini dan akan mengenakan tindakan tegas yang sewajarnya kepada pensyarah berkenaan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993-P.U.(A) 395/1993 jika terbukti salah,” kata kenyataan itu hari ini.
Kementerian Pendidikan turut memaklumkan memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial dalam kalangan penjawat awam khususnya oleh pensyarah, guru dan pegawai pendidik.
Pensyarah kolej komuniti di Sarawak itu dikatakan melahirkan rasa tidak puas hati ekoran permohonan pertukarannya tidak diluluskan.