Ketika berita ini ditulis, salah satu media, mynewshub diberitahu bahawa Intan Maizura, yakni isteri kepada salah seorang pramugara penerbangan MH370, Hazrin Hassan sudah dimasukan ke hospital dalam proses untuk melahirkan anaknya.
Hati penulis agak sayu kerana anak yang bakal lahir tidak berpeluang melihat wajah ayahnya.
Tidak banyak malumat yang ada di tangan penulis untuk dicoretkan di sini.
Apa yang mampu penulis sampaikan ialah marilah kita semua berdoa agar ibu dan anak berkenaan keduanya akan berada dalam keadaan selamat.
Intan dikenali kerana pernah menulis satu warkah sedih meluahkan isi hatinya berikutan kehilangan suaminya.
Menerusi laman Instagramnya intanmaizuraothaman, dia menyuarakan isi hatinya yang cukup terkejut apabila menerima khabar berita berkenaan kehilangan pesawat itu.
Assalamualaikum sayang… On the 8th, memang mami dah jangka dan u’re already in heaven but on the next day, i still want to keep my mind positive and hoping that u are still alive and will come back home to us.
Day pass by and there still no news from anyone until last nite March 24, 2014 at 2130, I received an unwanted news saying that u and the rest are resting in a deep deep deep sea, Indian Ocean.. Wow its shocking.. so shocking to me but Allah love u more.
I redha dengan pemergian u B, All that happened so mysteriously insane, but who am I to question Allah the AlMighty.. He got better plan for me and u.. Indeed I have to a bionic women to face reality today.
I will gradually tell Iman that she have lost her papa and Muhammad will be my pillar to move on.. In Sha Allah, Iman and Muhammad wont let u down.. My love for you will stay forevver hingga ke syurga.
Remember i told you u, I want to be leader of all the angels in heaven?? Im so jealous now that u are now with them but never mind, I will join u someday.. kan Allah dah janji “Mati Itu Pasti”.
You are the best husband and papa i could ever ask for.. Allah is great to lend you as a gift to me even for a short period of time but its all good and sweet memories.. Semoga Allah tempatkan u di tempat orang-orang yang beriman..
Begitulah perasaan hanya seorang daripada ahli keluarga yang kehilangan suaminya.
Kita pastinya tidak mampu membayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga lain yang juga berasa satu kehilangan besar sejak 8 Mac lepas. – MYNEWSHUB.MY