Friday 11 April 2014

BMW X6 untuk orang tua jer, AUDI R8 barulah macho



Bukan BMW X6, tetapi Audi R8! 


Demikian kata anak sulung kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy, 18. Tambahnya kereta jenis BMW X6 tidak sesuai untuk dirinya kerana ia kenderaan untuk 'orang tua' sedangkan dia masih remaja. 

Untuk info, hadiah kecemerlangannya mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berharga kira-kira RM660,000. 

"Hahaha... Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’.

"Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho," ujarnya pada media. 

Menurut Ammar lagi, dia inginkan sebuah kereta yang boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama dan antara jenis kereta yang diminati ialah Audi R8, BMW M3 dan Mercedes A45. 

"Pada Rabu (kelmarin), saya telah ke kedai kereta melihat mana-mana yang diminati dan setakat ini Audi R8 antara yang saya sukai. 

"Tak tahu lah pula kereta apa mommy nak belikan. Berbaloi juga belajar siang malam. Kalau keputusan lebih cemerlang, entah-entah mommy nak belikan Lamborghini atau Ferrari," selorohnya.