Sunday 9 March 2014

Syamsul Yusof Tetap Berahsia


Pengarah dan pelakon, Shamsul Yusof, enggan mengulas lanjut mengenai bibit-bibit perkenalannya dengan Puteri Sarah Liyana dan berpendapat biarlah kebenaran tersebut hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja.

“Saya tak nak komen kerana perkara ini jika cerita boleh membawa fitnah dan jika tidak bercerita pun boleh kena fitnah jadi saya rasa lebih baik hanya kami berdua saja yang tahu kisah di sebalik bibit perkenalan kami.

Saya melihat Sarah boleh menjadi seorang isteri yang solehah. Saya juga masih mendalami Islam dan apabila sudah berkahwin lebih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk membimbing isteri ke arah yang lebih baik,” ujar Shamsul ketika ditemui di majlis akad nikah mereka di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pada Sabtu pagi.



Walaupun keadaan Shamsul masih tidak mengizinkannya untuk meneruskan majlis resepsi mereka, namun jejaka berusia 30 tahun itu bersyukur kerana masih diberikan kudrat untuk menjayakan majlis akad nikah yang menyatukan Sarah dan Shamsul.

Shamsul kelihatan masih lemah dan berbintik merah di muka kerana dijangkiti penyakit demam denggi dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa lalu. Malah Shamsul juga masih memakai drip di tangan kirinya sebaik saja majlis makan beradap selesai.

“Saya tetap ingin meneruskan majlis akad nikah pada tarikh ini (8 Mac) kerana tidak ingin menyusahkan banyak pihak. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kelancaran majlis pada hari ini dan kesihatan saya juga lebih baik dari hari-hari sebelumnya,” ujar Shamsul.

Majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditangguh ke satu tarikh lain berikutan kesihatan Shamsul yang masih belum mengizinkan. Majlis menyambut menantu akan diadakan pada 18 April hadapan di Dewan Perdana Felda dan 20 April di kediaman pengantin lelaki di Taman Melawati.

Apapun kita doakan kebahgiaan mereka...