Thursday 27 March 2014

Punca Sebenar Kematian Paul Walker


Selepas empat bulan kematiannya, pihak penyiasat merumuskan pemanduan yang tidak selamat menjadi punca kepada kemalangan yang meragut nyawa pelakon Hollywood terkenal, Paul Walker. 
Menerusi hasil siasatan, Walker dikatakan telah memandu Porsche malang itu pada kelajuan 90 batu sejam bersama rakannya, Roger Rodas di Santa Clarita, California. 
Penyiasat juga menolak sebarang kerosakan mekanikal sebagai punca nahas dan menjelaskan segala kerosakan berlaku akibat daripada kemalangan itu. 
Ketika kematiannya, Walker masih dalam proses penggambaran filem 'Fast & Furious 7' dan produksi filem ini terpaksa dihentikan beberapa bulan sebelum disambung semula baru-baru ini. 


SUMBER http://mediahiburan.karangkraf.com/