Terbaru mengatakan bahawa Pesawat MH370 tidak berada di Lautan Hindi.
“Pasukan antarabangsa sedang berusaha untuk mengesahkan maklumat terperinci
itu, tetapi kami tiada apa yang hendak disahkan buat masa ini,” kata Menteri
Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan kemungkinan MH370 mungkin
berada di Lautan Hindi memandangkan kapal-kapal Amerika Syarikat sedang mencari
pesawat itu di kawasan berkenaan.
“Kefahaman saya berdasarkan beberapa maklumat yang baru yang tidak
semestinya kukuh, tetapi maklumat baru, satu kawasan pencarian tambahan mungkin
di buka di Lautan Hindi" kata jurucakap Rumah Putih Jay Carney seperti
dilaporkan agensi berita Perancis, AFP.