Sussex – Lima pelanggan yang menikmati burger `berapi’ di restoran paling pedas di Britain, XXX Hot Chilli Burger terpaksa dimasukkan ke hospital.
Seorang pelanggan disyaki mengalami luka di usus selepas makan hidang yang pedas manakala empat yang lain terpaksa menerima rawatan pada malam yang sama, disyaki kerana mengalami kejutan.
Berikutan itu, pemilik restoran berkenaan, Nick Gambardella terpaksa meminta pelanggannya menandatangani surat perjanjian yang melindunginya daripada disaman oleh mereka, sekiranya pelanggan jatuh sakit kerana makan burger pedas.
Dalam surat perjanjian itu tertulis ` Saya mengambil tanggungjawab jika berlaku sesuatu apabila saya makan burger di XXX Hot Chilli Burger.
Sekali gus pemilik dan pekerja restoran ini terlepas daripada sebarang tanggungjawab’’.
Dalam pada itu, Gambardella, 55, berkata dia terkejut kerana dibenarkan menjual burger paling pedas itu selepas kejadian yang menimpa pelanggannya.
“Saya harus mengaku bahawa saya sendiri tidak berani makan burger ini kerana ia sangat pedas,’’ katanya.
Jelas, akibat pengambilan burger yang pedas ini, dia melihat pelbagai karenah pelanggan selepas memakannya.
“Ada yang berbogel kerana terlalu pedas, merayu belas kasihan, menumbuk tingkap serta muntah.
“Selain itu ada yang mengalami alahan termasuk bengkak, ruam dan kesukaran bernafas,’’ katanya.
Kesimpulannya, kita haruslah mengelakkan makan makanan yang pedasnya melampaui batas manusia.
Kesimpulannya, kita haruslah mengelakkan makan makanan yang pedasnya melampaui batas manusia.