Monday 13 January 2014

[TIPS PENTING] Mengapa Bayar Bil Elektrik Mahal-Mahal, Cepat Tukar Ke Lampu LED!


PENTING: Mengapa Bayar Bil Elektrik Mahal-Mahal, Cepat Tukar Ke Lampu LED!
Negarawan yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini dalam tulisannya memberitahu, kerajaan mampu mengurangkan kos membayar elektrik yang tinggi dengan menukar lampu-lampu jalan sedia ada menggunakan lampu LED.
” Penjimatan (lampu LED) ini boleh mencapai lebih daripada 50 peratus,” katanya yang dipetik dari lama blog rasminya, chedet.cc.
Sebenarnya tidak sukar untuk mengagak mengapa beliau berkata demikian.
Ini kerana penggunaan lampu LED telah terbukti berjaya menjimatkan bil elektrik, cuma ramai yang kita tidak tahu, ataupun malas nak ambil tahu.
PENTING: Mengapa Bayar Bil Elektrik Mahal-Mahal, Cepat Tukar Ke Lampu LED!
Untuk itu, Mynewshub.my mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan lampu LED.
Rata-rata lampu yang digunakan di dunia pada masa ini adalah lampu mentol atau pijar dan lampu kalimantang.
Tahukah anda bahawa kedua-duanya beroperasi secara pemanasan dan turut mengeluarkan gas-gas berbahaya seperti halogen, merkuri dan karbon dioksida?
Mengenai aspek pemanasan pula, jangankan lampu kalimantang yang dipasang sehari suntuk, lampu yang baru dipasang tidak sampai 10 minit pun sudah terasa panas jika anda menyentuh kaca lampu tersebut.
PERBEZAAN cahaya antara lampu kalimantang biasa (kiri) dan lampu kalimantang LED
Menyedari peningkatan pencemaran dan kadar pemanasan global yang disumbangkan oleh lampu, negara Australia telah pun mengharamkan penggunaan lampu pijar dan kalimantang.
Menjelang tahun 2010, negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand telah memandatorikan penukaran semua lampu mentol berfilamen dan kalimantang konvensional kepada satu lampu alternatif.
Apakah dia?
1604413_t8
Lampu yang dimaksudkan itu adalah lampu berasaskan teknologi diod pemancar cahaya atau LED.
Selama ini, kebanyakan kita mungkin hanya mengenali LED dengan cahaya warna-warninya ketika berada di bengkel mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Tetapi, teknologi LED kini boleh diadaptasi menjadi satu pencetus fasa baru dalam sektor pencahayaan.
Tidak mustahil kalau selepas ini, lampu pijar atau kalimantang konvensional hanya tinggal sejarah.
Secara umumnya, LED merupakan sumber pencahayaan yang terhasil daripada bahan semikonduktor yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan kecekapan pencahayaan yang tinggi.
Selain menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, tahan lama (sehingga lebih 50,000 jam), ia juga mesra alam.
2802066_1
Sumber cahaya LED lebih lima kali ganda efisien berbanding lampu tradisional.
Disebabkan sumber lampu LED bebas daripada merkuri, ia lebih mesra alam sekitar dan memudahkan proses kitar semula apabila tidak digunakan lagi.
Jangka hayat lampu LED juga lebih tahan lama yang bermakna kurang penyelenggaraan sekali gus menjimatkan kos yang perlu dikeluarkan pengguna.
Teknologi LED juga tidak memancarkan radiasi inframerah atau ultralembayung.
Ia sekali gus membolehkan lampu-lampu LED dipasang di kawasan sensitif, ruang sempit dan berdekatan dengan orang ramai kerana tidak merosakkan harta benda ataupun mendatangkan bahaya.
Oleh sebab itu, kalau anda dah tahu betapa selamat dan jimatnya lampu LED, mengapa tidak mahu bertukar?
Mengapa masih mengeluh bila terima bil elektrik yang melambung tinggi?
Tepuk dada, tanya selera.

Sumber mynewshub.my