Monday 13 January 2014

[STYLE] Plat Kereta Istimewa ‘Sultan Melaka Ke-44′


Inikah Kereta Sultan Melaka Ke-44?
Baru-baru ini, Kerajaan Melaka akhirnya mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu menolak perakuan mana-mana individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, keputusan secara berfakta itu dibuat berikutan seorang individu, Raja Noor Jan Shah mengemukakan dokumen berupa surat pengiktirafan yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam usaha mendapatkan takhta sebagai Sultan Melaka ke-44.
Keputusan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa mana-mana individu yang menuntut mahu jadi Sultan Melaka selepas ini boleh dikenakan tindakan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian, adalah kenderaan milik Raja Noor Jan yang sempat dirakam wartawan ketika menganjurkan sidang media di ‘balairong seri’ pejabatnya.

1526522_575693625855667_14461850_n

Siap bersemayam di atas takhta dengan persalinan serba kuning laksana sultan, kenderaan Raja Noor Jan tak kurang gahnya apabila turut ditampal status DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Raja Tuah Shah.
Tak pastilah pula jika kereta ini dibawa keluar di jalan raya atau pun tidak. Sebab kalau dibawa keluar, ‘tuanku’ mungkin akan disaman.
Sumber: panggungopera.blogspot.com