Thursday 9 January 2014

[SELAMBER JE] Panggang, Jual BABI Salai Di Laluan Pejalan Kaki – Mana Penguatkuasaan?

Di sekitar Jalan Dwi Tasik di Bandar Seri Permaisuri, Cheras keadaan harian pada waktu bekerja tenang dengan masing-masing bebas menjalankan aktiviti tanpa sebarang gangguan.
Bagaimanapun, ketenangan kawasan pejalan kaki di berhadapan Jalan Dwitasik 1, kini terganggu dengan kewujudan secara tiba-tiba sebuah gerai menjual daging babi salai yang terletak betul-betul di atas laluan pejalan kaki.
Gerai yang tidak diketahui statusnya itu mula beroperasi beberapa minggu lalu.
Sudahlah menjual babi panggang, peniaga berkenaan yang tidak bertanggungjawab turut memanggang daging babi di gerainya sekaligus membabitkan gangguan bau terutamanya kepada orang-orang Islam yang berada di sekitar dan sedang bekerja.
BabiPanggang

Sejak mula beroperasi, premis berkenaan yang hanya menggunakan kanopi tidak langsung diperiksa penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tindakan membuka gerai itu seperti direstui.

Soalnya, penjualan babi panggang dengan pemanggangnya sekali jelas mengganggu pejalan-pejalan kaki terutamanya apabila ia diletakkan di atas laluan orang ramai.
Walau apapun statusnya, pihak DBKL perlu menyiasat dan mengambil tindakan segera kerana bau babi panggang berkenaan jelas mengganggu.
Keadaan gerai berkenaan yang hanya dengan kanopi dan beberapa lapisan kayu untuk meletakkan daging babi juga diragui dan kemungkinan besar ia beroperasi secara haram.
Jika ada peniaga bangsa Melayu yang membuka gerai atau warung di atas pejalan kaki, pihak DBKL dengan pantas datang serta merampas dan menyita gerai-gerai mereka tanpa belas kasihan, ini sudah berminggu-minggu.
Lebih elok pihak berkuasa menyiasat sebelum gerai babi panggang bertukar menjadi pasar malam sepanjang kawasan pejalan kaki berkenaan.
Adakah perbuatan peniaga ini menjaga sensitiviti orang Islam dan bangsa Melayu? Sedangkan masjid iaitu Masjid Al-Najihin hanya terletak beberapa ratus meter sahaja dari premis menjual daging babi panggang ini.
GeraiBabi
GeraiBabi03
Lihat dua turutan gambar terakhir, menunjukkan gerai babi panggang berkenaan yang gelap kemudian disinari lampu pada malam hari. Dari mana peniaga ini mendapat bekalan elektrik kerana tidak ada kedengaran bunyi janakuasa di gerai berkenaan. Adakah mereka membuat sambungan elektrik haram bagi membekalkan elektrik ke gerai berkenaan pada waktu malam?

Sumber mynewshub.my