Friday 17 January 2014

Rahsia 10 Minit Setiap Hari


Semua manusia inginkan kesihatan dan tubuh badan yang sihat dan kuat. Tapi apakah tindakan yang kita buat untuk mendapatkannya, dengan zaman sekarang masa dalam sehari bagaikan tidak mencukupi. Anda perlu mengorbankan masa walau 10 minit dalam sehari untuk memastikan tahap kesihatan tubuh badan anda berada dalam tahap yang baik. Ikuti rahsianya;

  • Tidak semua orang mampu ke pusat gimnasium setiap hari, kekadang kesibukan kerja membuatkan masa anda lebih tertumpu kepadanya dan masa untuk anda menjaga kesihatan agak kurang. 10 minit dalam sehari tidak akan memberi keputusan yang sama dengan 1 jam anda membuat senaman. Jadi ingatlah, dengan masa 10 minit sehari jika anda bijak menggunakannya secara efektif anda akan dapat merasai keberkesanannya. Tahap kesihatan anda juga akan bertambah baik.

  • Lakukan gerakan senaman yang ringkas yang mampu anda lakukan setiap hari. Seperti contoh gambar di bawah


  • Berikan sepenuh perhatian pada 10 minit. Setiap saat sangat penting. Lakukan dengan bersungguh-sungguh. Buat pergerakan yang berlainan pula.

  • Buang sifat malas untuk bersenam, jangan tertinggal walau dalam sehari. Anda mampu untuk mencuri masa 10 minit saja dalam sehari.

  • Jika masa 10 minit secara berterusan anda tidak mampu untuk buat, cuba anda ambil masa 5 minit selepas bangun pagi dari tidur dan 5 minit sebelum anda masuk ke bilik tidur di waktu malam untuk melakukan senaman. Buat senaman yang ringkas saja. Lama-kelamaan anda akan merasai tahap kecergasan tubuh badan anda meningkat dan secara tidak langsung anda akan ketagih untuk melakukan senaman. Anda mampu untuk mengubahnya.

  • Cari teman untuk sama-sama melakukan senaman. Lebih terhibur dan bermotivasi.

  • Jika anda letih, berhenti seketika, ambil minuman dan rehat, jangan terlalu menekan diri anda.