Wednesday 15 January 2014

PELIK! Anak Lembu 2 Kepala Dilahirkan di Maghribi


Di awal tahun 2014, penduduk desa Sefrou, Maghribi, dikejutkan dengan kelahiran seekor lembu. Anak lembu ini menjadi tarikan penduduk kerana mempunyai dua kepala 1 badan.


Terletak 20 kilometer dari ibu negara, anak lembu tersebut lahir pada tarikh 30 Disember 2013. Si pemilik lalu menamakan haiwan ajaib ini Sana Saida, yang bererti Selamat Tahun Baru dalam bahasa Arab.

Keadaan Sana yang unik ini dikenali dalam dunia perubatan sebagai polycephalic. Yakni suatu keadaan di mana ia lahir dengan dua kepala dalam satu badan. Meski tak lazim namun Sana sihat dan makan seperti haiwan biasa dari kedua mulut yang berbeza.

Kehadiran Sana yang tidak normal tersebut ternyata malah membawa rasa ingin tahu bagi para penduduk sekitar. Orang berbondong-bondong datang hanya untuk melihat haiwan ajaib ini.