Wednesday 15 January 2014

Budak Pontianak Di Temui Di UK


Budak Vampire (pontianak). Kejadian ini terjadi di UK, di mana ditemui dua budak bersaudara yang bernama Simon (13) dan George (11) mengidap sindrom aneh dimana gejalanya hampir sama dengan vampire iaitu mempunyai dua taring panjang serta tidak tahan terhadap sinaran matahari.


Dua budak mirip vampire tersebut berasal dari Sudbury, Suffolk dan mereka mengalami kelainan genetik yang dikenali dalam istilah perubatan Hypohidrotic Ectodermal Displasia. Penyakit ini termasuk jarang berlaku kerana hanya menimpa sekitar 7,000 orang di dunia.

Ciri-ciri pesakit Hypohidrotic Ectodermal Displasia iaitu hampir serupa dengan vampire, walaupun dua budak tersebut tidak menghisap darah seperti dalam filem Twilight, namun mereka mempunyai dua gigi taring yang tajam serta selalu menjauhi sinaran matahari.

Perkara tersebut dilakukan kerana kulit mereka akan melepuh jika terkena sinaran matahari. Selain itu ciri yang lain iaitu kulit wajah pucat, kulit kepala dan rambut nipis, sukar berpeluh dan gigi tumbuh tidak sempurna. Lantaran sukar berpeluh, mereka akan mengalami hipertermia jika suhu tidak terkawal.

Mandy yang merupakan ibu kepada dua budak mirip vampire tersebut perlu cukup sabar dan banyak menghabiskan waktu untuk merawat dua anaknya. Mereka dilarang bersenam kerana bimbang suhu tubuhnya meningkat. Ini bahaya kerana keduanya tak boleh mengeluarkan peluh. Jadi dua budak itu lebih banyak menghabiskan waktunya dengan bermain video games di rumah.