Tuesday 21 January 2014

8 Rahsia Hebat Penjimatan Wang


Tahun baru telah bermula. Kos hidup semakin tinggi.  Nilaian duit semakin rendah sekarang. Dulu kalau duit RM100 boleh tahan penggunaannya sehingga 2-3 hari tapi sekarang tidak lagi. Anda perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan duit anda. Berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan menjadi aspek paling penting sekarang. Ikuti 8 rahsia hebat penjimatan duit yang anda boleh lakukan dari sekarang.

  • Tentukan bajet untuk 1 bulan 
    Fikirkan dan catatkan apakah barang yang perlu di beli untuk setiap bulan. Buat bajet dan pastikan anda berbelanja tidak melebihi bajet yang telah di tetapkan. Sekiranya anda bajet untuk membeli alat solek tidak melebih RM100, pastikan tidak lebih dari bajet tersebut. Elakkan dari menggunakan kad kredit untuk membeli barang-barang yang tidak perlu atau tidak beberapa penting.

  • Wujudkan tabung dana kecemasan
    Sangat bernilai di saat anda memerlukannya. Pastikan dana kecemasan boleh bertahan di antara 3-12 bulan. Andainya anda di berhentikan kerja atas sebab-sebab tertentu, anda boleh menggunakan dana ini. Sebaiknya tolak 30% dari pendapatan anda untuk di masukkan ke dalam tabung dana ini dan simpankannya di dalam bank.

  • Kurangkan makan di luar
    Amalan makan di luar atau kata lain di restoran boleh menyebabkan perbelanjaan yang besar. Jika anda terpaksa makan di luar, pastikan anda tidak mengambil makanan yang agak mahal. Cukuplah sekadar mengisi perut yang kosong. Amalan memasak sendiri di rumah adalah satu langkah yang bijak dalam penjimatan wang.

  • Buat bajet persendirian
    Tidak semua orang suka dalam membuat bajet. Ianya mengambil masa untuk mengubah cara pemikiran seseorang ke arah positif dengan penggunaan bajet. Sebenarnya dengan membuat bajet anda dapat menentukan apakah yang patut di beli dan apakah yang patut di elakkan. Di sini wujud nya parameter dalam penentuan perbelanjaan dan bukannya peraturan. Mulakan dengan membuat lejer persendirian dan catatkannya seperti dari mana sumber kewangan yang anda perolehi, ke mana wang anda di belanjakan, berapa banyak bil utiliti yang perlu di bayar dan berapa banyak simpanan ke dalam tabung dana kecemasan, pastikan nilainya 0 dan tiada lagi wang lebihan.

  • Wujudkan akaun simpanan tetap 
    Sekiranya anda mendapat wang tambahan seperti membuat kerja-kerja partime atau anda mendapat bonus kerja, asingkan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan tambahan itu dan masukkannya ke dalam akaun simpanan tetap wang anda (bukan ke dalam tabung dana kecemasan).

  • Fikir dulu sebelum membeli
    Jika anda ke pusat membeli belah dan anda berminat terhadap sesuatu barangan tersebut, fikirkan beberapa kali sebelum membelinya. Adakah ianya suatu kemahuan atau suatu keperluan. Jika kemahuan lupakan saja.

  • Elakkan dari membeli majalah yang mendorong kita untuk berbelanja
    Majalah-majalah yang mudah membuat kita tergoda untuk berbelanja pastinya kita akan teruja. Contohnya majalah yang berkaitan dengan perhiasan rumah atau perabot, cuba elakkan dari membaca dan membelinya kerana secara tidak langsung akan merangsang kita untuk menukar apa yang telah kita ada.

  • Motivasi diri anda setiap hari dengan membuat nota kecil dan simpankannya dalam wallet anda
    Tulis ayat-ayat motivasi untuk mengingatkan anda setiap kali anda mengeluarkan wang dari wallet anda. Tetapkan matlamat anda dalam nota kecil tersebut. Secara tidak langsung anda akan lebih berhemah dalam berbelanja.