Tokoh perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan meluaskan lagi empayarnya selepas menandatangani perjanjian untuk mengambil alih kelab liga bolasepak Bosnia , Kelab Sarajevo .
Bagaimanapun jumlah pelaburan Vincent ke atas kelab itu tidak didedahkan.
Media tempatan menganggarkan pembelian bernilai sekitar 6.6 juta ringgit.
Vincent yang juga pemilik kelab Liga Perdana Inggeris, Cardiff City sebelum ini dilapor pernah mengadakan pertemuan dengan naib presiden Sarajevo.
Ia bagi menyusun semula hutang dan pelan pelaburan bersama kelab itu untuk tempoh tiga tahun.
Kelab Sarajevo yang ditubuhkan pada 1946, diisytiharkan muflis selepas menanggung hutang bernilai jutaan marka.
Dalam perjanjian itu, beberapa perkara akan dilaksanakan untuk memulihkan kembali kelab itu.
Antaranya pertukaran pemain antara Cardiff City dan Sarajevo , perlawanan persahabatan dan kempen pemasaran bersama.
Kedua-dua kelab itu juga akan mengambil bahagian dalam sebuah akademi bola sepak yang akan ditubuhkan bagi menarik bakat baru.
Bagaimanapun Vincent dilaporkan tidak akan mengubah warna lencana kelab Bosnia itu seperti yang dilakukannya di Cardiff City.
Sumber mynewshub.my