Saturday, 28 December 2013

[WOW] Louis Vuitton Buat ‘Sale’ Di London, Ribuan Membanjiri Premis!


Sanggup Tidur Depan Kedai Demi Beg LV

Ribuan orang membanjiri jalan sekitar Britain sebelum pusat beli belah dan kedai dibuka untuk mendapatkan potongan harga sempena Boxing Day, semalam.
Malah di gedung Selfridge yang terletak di Oxford Street, orang ramai telah mula beratur seawal jam 11.30 malam pada malam Krismas lagi dan sanggup tidur di hadapan pusat beli belah tersebut.
Kesannya, orang ramai bersesak-sesak sebaik gedung dibuka hingga menimbulkan suasana kelam kabut.

Bca4zyjIIAARd_0
1000x665455
693446-boxing-day-sales

Fenomena ini nyata menguntungkan Selfridges hingga berjaya mencatat sejarah jualan terbaik mereka tahun ini apabila berjaya memungut USD3.12 juta (RM10.28 juta) dalam masa sejam selepas dibuka sahaja.
Salah seorang pelanggan dari China, Wei Tuioa, 23, berkata dia sanggup bersesak-sesak pada awal pagi bagi mendapatkan beg tangan Louis Vuitton.
Manakala adik beradik Nevy Frega, 20, dan Hassan Frega, 19, dari Mesir pula mengakui mereka tidak ketinggalan membeli belah pada Boxing Day setiap tahun kerana ia kesempatan terbaik untuk mendapatkan pakaian dan barangan pereka terkenal pada harga lebih murah.
Lebih 1.4 juta pembeli dijangka membeli belah semalam dengan nilai perbelanjaan dianggarkan lebih USD80 juta (RM270 juta).

Sumber Metro UK