Monday 9 December 2013

[TIPS] Dua Lorong Jalan Cheras Akan Ditutup Esok

Besraya (M) Sdn. Bhd. (Besraya) akan menutup sementara dua lorong Jalan Cheras menghala Jalan Pudu dan Kuala Lumpur di persimpangan lampu isyarat Jalan Cheras/Jalan 1/91 Shamelin berhampiran Menara PGRM di sini pada 10 Disember ini.
Besraya dalam satu kenyataan media memberitahu, penutupan sementara dua lorong tersebut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelancaran rasuk span 4 jambatan BR 7 untuk projek sambungan Lebuhraya Sungai Besi.
“Waktu penutupan dijangka bermula dari pukul 11 malam hingga 5 pagi dan dikenakan ke atas semua jenis kenderaan pada waktu seperti yang dinyatakan.
“Pengguna yang ingin menghala Jalan Pudu dan Kuala Lumpur masih boleh menggunakan lorong di lampu isyarat tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, Besraya memohon maaf kepada pengguna jalan raya di atas kesulitan tersebut dan dinasihati supaya mematuhi papan tanda keselamatan dan had laju yang telah ditetapkan.