Monday 9 December 2013

[TIPS] Cara Untuk Mengethui Seseorang Mempunyai Saka

Ketahui Tanda-Tanda Individu Mempunyai Saka
saka

Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu.
Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya.
Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyangnya dahulu.
Atau boleh jadi jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki. Malah, boleh juga jadi juga jin itu ditinggalkan oleh nenek moyang mereka.
Semasa nenek moyang hidup, mereka telah berkawan dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.
Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.
Antara tanda-tanda seseorang itu dipercayai mempunyai saka adalah..
KETIKA TIDUR
1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.
2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 malam atau 3 dan malam selepas itu sukar untuk tidur.
3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala dan sebagainya.
4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
5. Mimpi di kawasan kotor atau perkuburan.
6. Mimpi jatuh tempat tinggi.
7. Mimpi berjumpa atau melihat makhluk halus.
8. Mimpi budak kecil (Menyusukan bayi bagi wanita).
9. Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau, paku dan sebagainya.
KETIKA JAGA
1. Selalu pening kepala (perubatan Moden tidak dapat kesan).
2. Hilang ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.
3. Sering lesu dan malas.
4. Sentiasa sakit di tulang belakang.
5. Lenguh-lenguh sendi.
6. Terasa sesuatu berjalan didalam badan.
7. Mudah marah dan panas baran.
8. Cepat mengantuk (terutama mendengar ayat-ayat quran)
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan
10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.
ANAK CUCU YANG MENJADI SASARAN
1. Yang cetek ilmu agamanya.
2. Yang suka melakukan maksiat dan melanggar peraturan Allah.
3. Yang meninggalkan Ibadat Wajib.
4. Yang lemah fizikalnya dan antibodi.
5. Yang berminat utk memiliki apa yang ada pada nenek moyang.
6. Yang mengidamkan kehebatan walaupun dengan cara malanggar perintah Allah.
Ayat yang boleh menjauhkan diri daripada saka.
[Al-Insyirah/ Al-Sharh, surah 94, ayat 1-8]
Tidakkah Kami(Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad). (Kini hilangkan daripadamu kerisauan, sehingga kau tenang, rela karena yakin terhadap janji Allah dan perotongan-Nya). Dan telah Kami ringankan daripadamu beban-beban yang berat.
Yang memberkati tanggunganmu. (Yang berupa tugas menyampaikan risalah wahyu yang diturunkan oleh Tuhanmu, meskipun kau mendapat tantangan dari kaummu). Dan Kami naikkan (tinggikan) sebutan (nama) mu.
(sehingga sebutan namamu selalu disebut di samping nama Allah dalam dua kalimat syahada). Maka sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan. Sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan.
Maka apabila engkau telah selesai (daripada suatu amal soleh) maka ersusah payahlah (berusaha melakukan amal soleh yang lain pula). Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.

Sumber ruqyahisra.com