Friday 13 December 2013

[TERBAIK] Restoran KFC Yang ‘Tenang Dan Mendamaikan’ Di Sentul Raya

KFCSentulRaya01
 
KFCSentulRaya02
Tahukah anda di kawasan perniagaan Sentul Raya wujud sebuah restoran KFC yang menggajikan Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran dan percakapan bekerja di situ?
Restoran berkenaan yang diwujudkan di bawah Program Prihatin Komuniti KFC, agak berbeza dari mana-mana restoran KFC di negara kita.
Menurut Pengurus Besar Wilayah KFC,  P Ragupathy,  keadaan di restoran itu amat tenang kerana para pekerja yang kebanyakannya OKU hanya berkomunikasi sesama sendiri menggunakan bahasa isyarat dan dibantu beberapa peralatan khas untuk mereka yang telah diubahsuai.
“Kita ada 17 pekerja OKU di restoran ini dan kita ada lima pekerja normal yang akan membantu mereka dari segi jika berlaku sebarang kecemasan untuk memudahkan mereka berkomunikasi.
“Mereka sangat berdisiplin dalam bekerja dan maklumbalas diterima daripada pelanggan juga begitu memberangsangkan.
” Pelanggan menyukai suasana yang tenang dan senyap di restoran ini,” katanya kepada Mynewshub.my di sini baru-baru ini.
Mynewshub.my mengunjungi restoran ini dan merakamkan secara eksklusif situasi yang  jarang diperoleh di mana-mana restoran KFC lain.
Penulis menemubual beberapa pekerja yang OKU dan kata-kata mereka diterjemahkan oleh pekerja yang memahami bahasa isyarat untuk memudahkan anda memahaminya.
Restoran di Sentul Raya merupakan satu-satunya restoran KFC sebegitu di semenanjung manakala terdapat dua lagi restoran seumpama itu iaitu di Sabah dan Sarawak.
Untuk rekod, KFC sudah mula mengambil pekerja OKU bekerja sejak tahun 1982 dan sehingga hari ini sejumlah 139 kakitangan KFC merupakan golongan OKU dan mereka ditugaskan di 70 buah restoran seluruh negara.
Anda  lihatlah sendiri bagaimana pekerja mereka seperti Nor Aizat Rodi  yang sudah berpengalaman selama 10 tahun bekerja, Norasiah Hashim (31 tahun pengalaman) dan seorang pengurus restoran KFC Sentul Raya yang OKU Kuan Min Fai (31 tahun pengalaman) menyukai tugas mereka di KFC. 

Sumber mynewshub.my