Sunday 22 December 2013

[TAMAT] Kedai Kereta Milik Paul Walker Bakal Ditutup


Kedai Kereta Milik Paul Walker Bakal Ditutup
Kedai Paul Walker
Kematian aktor, Paul Walker dan sahabatnya, Roger Rodas ternyata mengubah beberapa perkara yang berkaitan dengan mereka.
Bukan sahaja penggambaran filem Fast and Furious 7 sedikit terganggu, malah kedai kereta milik kedua-duanya terpaksa ditutup.
Kedai Kereta Milik Paul Walker Bakal Ditutup
Always Evolving, kedai kereta lumba di Valencia dijangka ditutup dalam masa beberapa minggu lagi, memetik laporan TMZ.
Para pekerjanya juga telah meninggalkan tugas mereka dan mula mencari pekerjaan baru.
Biarpun ada pihak yang meminta supaya kedai itu terus dibuka, adalah mustahil untuk meneruskannya tanpa pimpinan dan sokongan kewangan daripada Walker dan Rodas.

Sumber mynewshub.my