Monday, 23 December 2013

[???] Sudahlah Memiliki Bahan Lucah Rakan, Sanggup Pula Nak Peras Ugut Pelakunya!


Sudahlah Memiliki Bahan Lucah Rakan, Sanggup Pula Nak Peras Ugut Pelakunya!

Muhamad Usman iaitu Irfan Ahmed Ashraf Muhammad, 38, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memiliki bahan lucah termasuk kesalahan memeras ugut.
Mengikut pertuduhan pertama, Irfan Ahmed didakwa melakukan pemerasan hingga mendorong penyerahan wang tunai RM10,000 oleh Lizah.
Perbuatan itu dilakukan Irfan Ahmed di hadapan sebuah restoran di Bukit Beruang jam 12 tengah hari 20 November lalu.
Bagi kesalahan itu, Irfan Ahmed didakwa mengikut Seksyen 383, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu.
Pertuduhan kedua dan ketiga, Irfan Ahmed didakwa memiliki sebuah pemacu pena jenama Kingston dan telefon bimbit mengandungi filem lucah.
Untuk pertuduhan keempat, tertuduh didapati ada dalam kawalannya sebuah komputer riba Dell mengandungi filem lucah.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 7.30 malam di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana dan dia didakwa mengikut seksyen sama seperti pertuduhan kedua dan ketiga.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam yang mengendalikan kes memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin disebabkan lelaki itu adalah warga asing.
Majistret Syajaratudur Abd Rahman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 7 Januari depan untuk tarikh sebutan semula kes.

Sumber mynewshub.my