Monday 23 December 2013

[STYLO] VIDEO: Inilah KEKAYAAN Tan Sri Vincent Tan…


VIDEO: Inilah KEKAYAAN Tan Sri Vincent Tan...

Semua orang tahu yang Tan Sri Vincent Tan merupakan antara individu terkaya di negara ini.
Malah kekayaannya itu membuatkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya itu dimasukkan dalam senarai bilionair dunia Majalah Forbes – sebuah majalah bisnes terkemuka dunia.
Baru-baru ini para pegawai dan kakitangan beliau menyiapkan satu video klip khas sempena hari jadinya yang ke 60 tahun.
Kalau anda nak tahu, rangkaian rangkaian restoran makanan  terkenal seperti Starbucks, Kenny Rogers, Wendy’s dan Papa John di negara ini dikuasai oleh syarikat miliknya.
Begitu juga dengan rangkaian farmasi Cosway, insurans Prudential dan 7-Eleven.
Antara penyumbang terbesar kekayaannya dah tentu syarikat perjudian Sports Toto.
Oh lupa, kompleks membeli-belah Berjaya Times Square juga milik Vincent, tidak dilupa yang terbaru syarikat telekomunikasi U-Mobile.
Apapun semua ini cuma sekelumit daripada harta-harta dan syarikat beliau.
Pendek cerita jom layan video klip ini, dan akan tahu betapa kayanya pemilik kelab bolasepak Cardiff  itu.

VIDEO: Inilah KEKAYAAN Tan Sri Vincent Tan…http://mynewshub.my/wp-content/uploads/vincent-tan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/vincent-tan-150x150.jpgMyNewsHubmyHangat

Sumber mynewshub.my