Sunday 29 December 2013

[SERIUS KREATIF] Muzium Interaktif “Made In Penang” Nampak Rasis?



Sebuah muzium di bandaraya Georgetown didapati memaparkan bahan-bahan pameran hanya untuk kaum tertentu sahaja tidak seimbang dengan jumlah komposisi kaum dan bangsa yang terdapat di negara ini.
Muzium interaktif Made In Penang terletak di Jalan Weld Quay ini menjadikan lukisan berdimensi 3D sebagai bahan pameran dan orang ramai boleh bergambar dengan lukisan berkenaan secara interaktif.
Gambar itu akan memperlihatkan seolah-olah anda turut menjadi sebahagian daripada lukisan itu.
Bagaimanapun, penulis yang berkunjung ke muzium itu bersama dengan pihak Tourism Malaysia mendapati lukisan yang dipaparkan hanya memperlihatkan gaya hidup dan budaya kaum tertentu tanpa menggunakan komposisi kaum sebenar di dalam negara.
Rombongan 18 orang wakil media dengan Tourism Malaysia itu tiba di muzium berkenaan disambut oleh Penolong Pengurus muzium Andrew Chew dan kemudian dibawa melihat sekeliling muzium berkenaan.
Di pintu masuk muzium, penulis lihat terpampang jelas lukisan mural di dinding gambar Ketua Menteri Melaka Lim Guan Eng sedang meminum kopi di sebuah meja dengan dua kerusi kosong di sebelah untuk orang ramai gunakan untuk bergambar.
Di atas kepalanya ditampal sekeping kertas tertulis “Please respect your Chief Minister”. Maksudnya, sesiapa yang mengambil gambar dengan lukisan berkenaan diharapkan tidak melakukan apa-apa yang mengaibkan muka Guan Eng.
LimGuanEng01
Tahu pula mereka ramai orang di Malaysia yang membenci ketua menteri dari parti DAP itu.
Tak payah pergi jauh-jauh, penduduk di Kampung Buah Pala sudah cukup tidak menyukai Guan Eng ekoran beliau memungkiri janji Pilihan Raya untuk mempertahankan kampung berkenaan dari dirobohkan.
Selepas itu, ketika berada dalam muzium berkenaan penulis dapati tiada langsung lukisan 3D yang memaparkan budaya Melayu atau simbol agama Islam yang sudah dimuktamadkan sebagai agama rasmi bagi Malaysia di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bangsa Melayu pula merupkan bangsa majoriti dalam negara tidak langsung dipaparkan dalam muzium berkenaan.
Kalau ada pun paparan mengenai Melayu dalam muzium berkenaan, adalah lukisan Allahyarham Seniman Agung P Ramlee yang sememangnya dilahirkan di Pulau Pinang, tetapi P Ramlee bernaung di bawah syarikat Shaw Brothers yang juga dimiliki oleh bangsa cina.
Apa yang banyak dipaparkan di dalam muzium itu ialah paparan lukisan bertulisan cina seperti petikan akhbar berbahasa Mandarin, bendera negara China dan juga lukisan orang tua menyiapkan ukiran dengan tulisan cina.
MuziumRasis01
MuziumRasis02
MuziumRasis04
Apakah motif muzium sebegini dibuka untuk lawatan umum, adakah ia akan memperlihatkan bahawa Pulau Pinang adalah milik bangsa Cina atau apa?
Nak menemui lukisan membabitkan wira kemerdekaan negara seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn memang tiada sama sekali dipaparkan di dalam muzium itu.
Ia seakan-akan satu muzium perkauman yang dicetuskan oleh para penyokong tegar parti DAP dalam menyebarkan idea parti itu. – MYNEWSHUB.MY
MuziumRasis05

Sumber mynewshub.my