Monday 9 December 2013

[SERIUS] Angka Mangsa Banjir Semakin Berkurangan

Mangsa Banjir Di Pahang Masih Melebihi 40,000 Orang
banjir semakin surut
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang berkurangan kepada 35,502 berbanding 40,399 orang petang tadi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 8 malam ini kesemua mangsa daripada 10,635 keluarga itu ditempatkan di 151 pusat pemindahan dari 159 penempatan di sembilan daerah yang terjejas banjir.

“Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 29,379 orang di 42 pusat pemindahan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Di Pekan, masih terdapat 3,286 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (933 orang di 22 pusat pemindahan), Temerloh (904 di 22 pusat), Jerantut (570 di 11 pusat), Bera (196 di tujuh pusat), Raub (150 di 10 pusat), Lipis (49 di empat pusat) dan Rompin (35 di dua pusat).

Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km16 Jalan Temerloh-Bera, Km14 Jalan Temerloh-Bahau, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Jalan Jerantut-Kuala Lipis (Kampung Sepial).


Sumber bernama