Sunday 8 December 2013

[???] Samsung Bakal Keluarkan Note 3 Versi Lite

Note 3 Lite
Note 3

Samsung dijangka sedang membuat persediaan bagi melancarkan peranti variasi rendah dari phablet terbaru mereka, Galaxy Note 3.
Peranti daripada variasi Galaxy Note 3 Lite itu dipercayai bakal dilancarkan pada Februari tahun hadapan sempena Kongres Mobil Sedunia (Mobile World Congress).
Laporan awal menyatakan Samsung telah membuat beberapa ujian saiz skrin untuk Note 3. Selain itu, terdapat khabar angin bahawa Samsung sedang mengusahakan variasi “Active” untuk phablet tersebut.
Note 3 Lite mungkin didatangkan dengan skrin 5.5 inci serta kamera 8MP dan S Pen.

Sumber mynewshub.my