Tuesday 17 December 2013

[...] Polis Tegaskan Kematian Pelajar Tahfiz TIADA UNSUR JENAYAH!


Polis Tegaskan Kematian Pelajar Tahfiz TIADA UNSUR JENAYAH!
tiada unsur jenayah
Hasil bedah siasat lengkap oleh pakar forensik ke atas mayat pelajar yang ditemui tergantung di sebuah sekolah tahfiz di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini mendapati punca kematiannya tiada kaitan dengan unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya tidak menjumpai sebarang benda atau senjata merbahaya di lokasi kejadian malah tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa yang menunjukkan pelajar tersebut bergelut atau diserang.
Menurutnya, pemeriksaan luaran dan dalaman juga tidak terdapat sebarang kecederaan atau penyakit yang boleh dikaitkan dengan cubaan membunuh mangsa.
Laporan yang disebarkan dilaman sosial yang mendakwa, punca kematian Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman ada unsur jenayah
Setakat ini polis tidak mengesyaki ada elemen atau unsur-unsur jenayah berlaku, namun siasatan masih diteruskan melalui Laporan Mati Mengejut (LLM)
Pihak polis juga meminta orang ramai jangan buat sebarang spekulasi, serahkan kepada pihak berkuasa (polis) untuk jalankan siasatan
Dalam pada itu, mana-mana pihak di minta tidak menimbulkan sebarang isu sensitif yang boleh mengelirukan orang ramai terutamanya keluarga mangsa.