Sunday 29 December 2013

[PERGINYA] VIDEO: Pemain Gambus Terkenal Dunia, Farid Ali Meninggal Di Hospital Selayang

VIDEO: Pemain Gambus Terkenal Dunia, Farid Ali Meninggal Di Hospital Selayang

Pemain gambus terkenal dunia, Farid Ali meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira pukul 6 petang tadi.
Walaupun jarang menonjolkan diri dalam arena industri muzik utama tetapi pemain gambus profesional, Farid, 50, bukan calang-calang di kalangan penggemar muzik jazz tempatan.
Kebolehannya mengadunkan bunyi unik gambus dalam muzik jazz telah memberikan kelainan kepada genre itu dan berjaya membuktikan bahawa alatan muzik tradisional seperti gambus boleh diadunkan dalam muzik barat.
Pernah mengadakan persembahan di pelbagai festival jazz dan konsert, Farid juga banyak memenangi pelbagai anugerah antarabangsa termasuk Anugerah Susunan Terbaik 1988 di Festival Lagu Antarabangsa Curacao dan Anugerah Keamanan Dunia 1993 yang telah disampaikan oleh Presiden Pertubuhan Keamanan Dunia Jepun, Toshio Hayama.
Sehingga kini, Farid telah mengadakan persembahan di 40 pesta antarabangsa di seluruh dunia termasuk di The Boston Globe, Festival Jazz Montreal, Festival Jazz Pori, Festival Seni Los Angeles dan sebagainya.
Al-Fatihah.
VIDEO: Pemain Gambus Terkenal Dunia, Farid Ali Meninggal Di Hospital Selayanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/016934461.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/016934461-150x150.jpgMyNewsHubmyArtisUtama