Thursday 5 December 2013

[PELIK] Wanita Mandul Tawar Duit Kepada Doktor Untuk Membuat

Wanita mandul tawar duit kepada doktor yang mampu membuat dia mengandung

jin_sung__europics
Wanita sedang menawarkan harga

Seorang wanita mandul memandu kereta BMW mengelilingi China sambil menawarkan habuan £100,000 (RM526,000) untuk mana-mana doktor yang mampu membuatnya hamil.
Jin Sung, 37, membawa iklan menghebahkan wang ganjaran itu selain membalut keretanya menggunakan kain rentang merah sebagai tanda kesungguhannya mendapatkan anak.
Hentian terakhir ahli perniagaan itu ialah di bandar Kunming di Yunnan.
“Tidak seorang pun doktor yang saya temui setakat ini dapat membantu.
“Saya beranggapan jika mahukan sesuatu kita mesti berusaha mencari jalan. Inilah yang saya lakukan sekarang,” katanya.
Wanita itu sudah berkahwin 10 tahun tidak pernah hamil. 

Sumber mynewshub.my