Wednesday, 25 December 2013

[...] PDRM Nafi Bukit Aman Dibom, Penyebar Fitnah Kini DIBURU!


PDRM menafikan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah laman Facebook yang mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis.   Adalah dimaklumkan keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah tenang dan beroperasi seperti biasa.  Berikutan penyebaran khabar angin tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.  Perbuatan menyebarkan berita palsu adalah perbuatan yang keji dan PDRM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku ini.   Orang ramai diminta bekerjasama untuk tidak menyebarkan berita seumpama ini kerana pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berbuat demikian.  SUPT Lai Lee Ching  SUPT Komunikasi Korporat Urusetia KPN (Komunikasi Korporat)  Bukit Aman


PDRM menafikan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah laman Facebook yang mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis.
Adalah dimaklumkan keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah tenang dan beroperasi seperti biasa.
Berikutan penyebaran khabar angin tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Perbuatan menyebarkan berita palsu adalah perbuatan yang keji dan PDRM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku ini.
Orang ramai diminta bekerjasama untuk tidak menyebarkan berita seumpama ini kerana pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berbuat demikian.