Empat lelaki termasuk tiga daripadanya bersaudara berjaya dicekup dalam satu serbuan di tanah perkuburan SIB dekat Morsjaya, Miri, Sarawak baru-baru ini.
Kesemua mereka berumur antara 16 ke 31 tahun.
Mereka dipercayai mencuri barang berharga yang terdapat di dalam keranda di perkuburan itu termasuk batu nisannya sekali.
Siasatan dilancarkan sebaik saja pasukan polis mendapat laporan terdapatnya kegiatan seumpama itu di tanah perkuburan terbabit.
Antara barang berharga yang dilaporkan hilang adalah rantai emas, jam tangan dan cincin yang disimpan di dalam keranda.
Salah seorang penduduk sebelum ini berkata, dalam salah satu kejadian, ia disedari seorang pekerja kilang cat selepas mereka terhidu bau busuk dari arah tanah perkuburan itu.
“Penduduk yang memeriksa tanah perkuburan itu terkejut apabila menemui mayat reput berhampiran kubur berkenaan, selain beberapa barangan dan pakaian dalam keadaan berselerak.
“Lebih mengejutkan, tengkorak dipercayai milik si mati ditemui di dalam parit berdekatan dipercayai diseret oleh anjing liar,” kata penduduk tersebut.
Sumber mynewshub.my