Monday 23 December 2013

[NI LA SEBABNYA] Kenaikan Tol: Ini Penjelasan Perdana Menteri…


Kenaikan Tol: Ini Penjelasan Perdana Menteri...

Kerajaan sedang mengkaji dan meneliti
kadar baharu tol lebuh raya supaya tidak memberi keuntungan yang tidak munasabah
kepada syarikat konsesi lebuh raya sehingga membebankan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga sedang
mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat termasuk memberi pas bermusim
dengan diskaun kepada pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya.

“Kita tak naklah pemegang konsesi dapat pulangan yang terlalu tinggi, ini
kerajaan sedang teliti, jangan kenaikan ini beri keuntungan yang tak munasabah
kepada pengusaha tol.

“…dan kita sedang mencari jalan bagaimana kalau ada cara lain mungkin bagi
pengguna yang kerap, kita boleh bagi pas bermusim dengan diskaun kepada mereka.
Ini langkah-langkah (yang) kita sedang fikirkan,” katanya dalam ucapan perasmian
Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau berkata kutipan tol di lebuh raya adalah perlu dan tidak dapat
dielakkan kerana syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman yang digunakan
untuk membiayai pembinaan lebuh raya yang ada.

“Bila sektor swasta buat lebuh raya, sektor swasta kena pinjam duit. Anda
adalah peniaga…bolehkah anda keluarkan sendiri dana RM5 juta? Anda perlu
meminjam, anda perlu ke pasaran bon, bila pergi ke pasaran bon, anda perlu
membayar.

“(Duit) dari mana? daripada tol…kalau tak ada tol, kena naikkan
cukai…itu pun tak kena juga….tol itu (kena) pada orang yang pakai jalan
(sahaja),” katanya.

Sumber mynewshub.my