Wednesday 18 December 2013

[NAK GADUH PULA] TAKRAW SUKAN SEA: Dahlah Kalah, Nak Serang Wartawan Pulak!


TAKRAW SUKAN SEA: Dahlah Kalah, Nak Serang Wartawan Pulak!

Ketika skuad sepak takraw ‘lembik’ di dalam gelanggang, namun pengurusnya, Mohd Zamry Fareed Moh Norden berlagak hero di luar gelanggang gara-gara sikap tidak profesionalnya yang cuba menyerang wartawan BH, Hussain Said.
Insiden itu meletus sejurus final acara regu yang menyaksikan trio negara, Izurin Refin, Mohd Hanafiah Dolah dan Mohd Muqlis Borhan dilibas trio Thailand Siriwat Sakha, Pornchai Kaokew dan Pattarapong Yupadee 16-21, 8-21.
Dalam kejadian di bilik pasukan Malaysia itu, Hussain cuba mendapatkan ulasan kekalahan trio negara daripada jurulatih, Jamaluddin Hassan tetapi Zamry yang berada di sebelah dan sedang makan tiba-tiba naik angin serta cuba menyerangnya.
Tindakan Zamry itu kerana tidak berpuas hati dengan laporan isu duit poket RM200 diberikan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) kepada pemain sepanjang 12 hari di Nay Pyi Taw selain kritikan keras terhadap prestasi buruk pasukan dalam acara berpasukan.
Bagaimanapun, jurulatih tekong, Nordin Sabaruddin meleraikan keadaan, tetapi Zamry yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Sembilan (PESTANS) masih tidak berpuas hati dan cuba menyerang Hussain sekali lagi berhampiran bilik pasukan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa berkata pihaknya memandang serius perkara ini dan akan minta penjelasan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
“Kita tidak pernah ada masalah dengan pegawai kontinjen sendiri dalam melaksanakan tugas. Pegawai perlu bersikap profesional dan menghormati tugas wartawan,” katanya.

Sumber berita harian