Monday 2 December 2013

[COOL] Ladang Langit Yang Dibina Oleh Peladang China

ladang langit di china
Petani di China Bina 'Ladang Langit'
Ladang langit
China memang sudah dikenali dengan populasi manusia yang sangat ramai dan kepadatan kediaman di kawasan bandarnya.
Mungkin kerana itulah, seorang petani, Peng Quigen bercucuk tanam di ladang di atas bumbung rumah empat tingkatnya.
Dengan keluasan 120 meter persegi, ‘ladang langit’ itu mampu memberikan hasil yang cukup lumayan buatnya.
Tahun lepas, Peng menuai kira-kira 400 kilogram tembikai dan jumlah itu boleh dikatakan cukup memberangsangkan.
Selain itu, petani ini turut menanam padi, sayur-sayuran dan buah-buahan lain di ladangnya yang unik itu dan jiran sekeliling turut membantunya menuai hasil tersebut.
Pembinaan ‘ladang langit’ itu juga setakat ini tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak berkuasa di sana.

Sumber mynewshub.my