Tuesday 10 December 2013

[KEJAM] Kasihan! Apabila Kucing Ini Dipanah Seseorang

Kucing sememangnya haiwan yang sangat comel. Namun ada juga insan yang tidak berhati perut menjadikan kucing sebagai sasaran panahannya. Walaubagaimanapun, kucing berkenaan bernasib baik kerana tidak banyak darah yang keluar dan masih mampu hidup seperti biasa. Hasil siasatan, berkemungkinan ada individu yang sengaja menjadikan kucing tersebut sebagaisasaran latihan memanah. Kucing pun jadi ke? Jom lihat gambar di bawah ini.
cat1
NORWICH, Amerika Syarikat – Sebatang anak panah sepanjang 38 sentimeter menusuk dekat bahagian kanan kepala seekor kucing di sini. Datuk Bandar Norwich, Peter Nystrom menemui kucing itu di anjung sebuah rumah di sini pada Isnin lalu.
Beliau kemudian menghubungi polis. Seorang pegawai sebuahagensi kawalan haiwan kemudian menghantar kucing tersebut kepada seorang pakar bedah haiwan, Kathleen Tangari. Pakar itu kemudian mengeluarkan anak panah tersebut menerusi pembedahan di sebuah hospital haiwan.
cat2
Menurutnya, anak panah itu tidak mengenai paru-paru dan jantung haiwan tersebut.
Beliau berkata, anak panah tersebut sudah berada pada kucing yang bernama Elliot itu selama dua hari.
Tisu-tisu yang mengelilingi anak panah dalam badan haiwan itu telah menghalang banyak darah keluar sekali gus mengelak kucing tersebut daripada mati.
Kucing itu dipercayai sengaja dipanah oleh seseorang yang menjadikan haiwan tersebut sebagai sasaran latihan memanah. – Agensi
cat3
cat4
Sumber melayukini.net