Tuesday 10 December 2013

[....] Subhanallah! Proses Pemasangan Kelambu Kaabah Di Makkah

Sesiapa yang berpeluang mengerjakan haji merupakan satu anugerah Allah SWT yang ternilai. Ini kerana tidak semua orang mampu berkunjung ke sana bagi menunaikanrukun Islam yang kelima. Seperti yang kita maklum, kain kiswah ataupun kelambu kaabah ini setiap tahun akan ditukar dengan yang baru. Proses pemasangan kelambu kaabah ini kebiasaannya dibuat pada 9 Zulhijjah. Jom kita lihat gambar di bawah ini.
kaabah1
Setiap tahun Kiswah lama dikeluarkan, dipotong kecil dan diberikan kepada individu-individu tertentu, pembesar Islam asing yang melawat Saudi dan organisasi-organisasi tertentu. Sebahagian daripada mereka menjual pula bahagian kain mereka sebagai cenderamata Haji. Pada zaman dahulu , Umar bin al -Khattab akan memotong Kiswah menjadi kepingan kecil dan mengedarkannya di kalangan jemaah yang digunakan mereka sebagai tempat perlindungan daripada haba panas di Mekah.
kaabah2kaabah3
Ketika ini kos untuk menghasilkan sebuah Kiswah adalah SAR 17,000,000 (kira-kira RM 17 juta). Kelambu ini berkeluasan 658m2 dan diperbuat daripada 670 kilogram sutera. Sulaman ini mengandungi 15 kg benang emas. Ia terdiri daripada 47 keping kain dan setiap bahagian adalah 14m panjang dan 101 cm lebar. Kiswah yang dibalut di sekeliling Kaabah diikat dengan cincin tembaga. Sulaman pada kiswah direka manual dengan ayat-ayat Al-Quran secara perlahan-lahan dibantu oleh komputer, sekali gus meningkatkan kelajuan pengeluaran.
kaabah4kaabah5kaabah6kaabah7kaabah8kaabah10kaabah11kaabah12kaabah9
Sumber melayukini.net